ABAH bagi ku seorang insan yang sangat bermakna dalam hidup ku.Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada ku hingga aku berjaya sampai ke tahap sekarang.Kalau le dulu abah tak ambil tahu tantang hidup aku entah apa le yang jadi kat aku sekarag ni.Ntah penjara mana aku huni,pusat serenti mana aku daftar,longkang mana yang jadi rumah pn aku tak tahu la.
Aku dilahirkan di Kg Hulu Sedaka,Yan,Kedah pada 18 Sept 1984.Kampung inilah tempat pertama aku menghirup udara bumi.Selepas itu aku telah dibawa ke Lumut,Perak dan dibesarkan di sana.Ini kerana abah adalah seorang anggota TLDM.So...pindah-randah ini dah menjadi adat la dalam famili kami.
Semasa di Lumut famili aku tinggal di perumahan TLDM,Blok A37,Tingkat 5,rumah no berapa aku dah tak ingat.Masa tu aku cuma berdua dengan adik aku je,Ayun.Abang aku tinggal ngan aruah tok di kampung.Sebab tu abang aku ni jadi baik sikit berbanding aku.Aku ni memang kategori degil ya amat la.Longkang mana yang aku tak masuk,parit mana yang aku tak redah,habis semua ikan lari tengok aku,dah macam memerang.
Masuk je darjah satu,famili aku pindah plak ke kampung atuk aku.Memang best la kehidupan dekat kampung ni.Lagi le banyak lubuk aku boleh teroka.Memandangkan masa tu aku kecik lagi,aku cuma boleh ikut atuk aku pergi sawah je la.Atuk aku sibuk tanam padi aku pulak sibuk cari ikan.Dah nama pun memerang,memang pantang le tengok ikan ni.Lepas balik dari sawah atuk aku akan bawa p mandi sungai,Terusan Wan Mad Saman.Memang best la.Tapi tu semua dah jadi kenangan la.Atuk aku pun dah lama meninggal.
Setahun selepas tu famili aku pindah lagi.Kali ni pindah ke kampung atuk sebelah abah.Mula-mula aku cam tak best je kat kampung tu.Lepas je jumpa kengkawan yang sekepala,apa lagi,bermulalah episod dalam hidup aku sebagai pemancing tegar.Rupa-rupanya kat kampung ni lagi banyak lubuk-lubuk ikan.Masa ni abah baru je berhenti dari TLDM.Duit masa dia kerja dulu dia guna untuk buka bisnes.Dia buat bisnes bela ayam telur dan ayam daging.Sebelah pagi dia p menoreh getah dengan atuk aku iaitu ayah dia le.
