Trip Kelong Greenway,Pulau Ketam


Trip ni telah di anjurkan bagi tujuan untuk bersuai kenal dengan rakan-rakan baru.Ah Pat sebagai ketua penganjur telah memperkenalkan 3 rakan baru.Trip ini telah dirancang selama 1 bulan.Trip ini adalah bertujuan untuk riadah setelah sekian lama tidak turun ke laut.Asyik main dekat kolam bayar je.Banyak pengajaran yang dapat semasa trip ini.Antaranya pemilihan tarikh yang sesuai,umpan,teknik pancingan dan pelbagai lagi.
Ketika trip ini,air agak kurang cantik,air pasang agak laju menyebabkan aktiviti memancing agak terganggu.
Untuk ke kelong Greenway ini anda perlu menaiki feri ke Jeti Pulau Ketam.Selepas itu anda akan dibawa ke kelong dengan menaiki bot.Di Pulau Ketam ini agak bermasalah untuk mencari kedai makan kerana kebanyakan kedai makan adalah kedai berbangsa cina.Anda dinasihatkan membawa stok makanan yang mencukupi.